Insaf Malaysia akan mengadakan Program Kesihatan BAKAT (Bantuan Kemanusiaan Orang Asli Tasik Chini) pada 19 – 20hb. November 2011 di 5 buah perkampungan orang asli iaitu di Kg. Ulu Gumum, Kg. Cendahan, Kg. Belai, Kg. Tg. Puput dan Kg. Melai yang terletak di Tasik Chini, Pekan, Pahang.
Program kesihatan tersebut adalah merangkumi siri mobile clinic dimana rawatan yang diberikan adalah percuma khas untuk penduduk yang daif di perkampungan orang asli tersebut. Pasukan Insaf Malaysia yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan pakar logistik yang berpengalaman akan bersama-sama dengan PERKIM di dalam menjayakan program ini.
Sementara itu, 2 orang pakar makanan (Food Programme) dan 2 orang pakar di dalam Air Bersih akan turut serta dalam program ini bagi membuat tinjauan di kawasan-kawasan tersebut.